Kelas Microsoft Office Word
15 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 14 Julai 2018 telah di adakan satu kelas Microsoft Office Word yang telah dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 2.0 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan berkaitan dengan penggunaan Microsoft Office Word dalam menghasilkan sebuah karangan berbentuk berita. Di awal kelas, mereka diberikan penerangan berkaitan setiap fungsi yang terdapat didalam Microsoft Office Word, cara membuat huruf besar, cara meletakkan garisan dan juga format karangan berita.
Setelah selesai penerangan, mereka di minta untuk menaip semula karangan berita yang telah diberikan. Mereka di ingatkan agar menaip dengan ejaan yang betul dan menggunakan tanda baca yang betul. Di akhir kelas, mereka telah berjaya menyiapkan karangan tersebut dengan ejaan dan tanda baca yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: